Sunday, December 10, 2006

Islam Hadhari dan Aurat Wanita

Islam Hadhari yang semakin sukar difahami..

Uzbekistan's Guzel Khubbieva, center, runs to the line to win the gold medal in the final of the Women's 100m at the Asian Games in Doha, Qatar, Saturday Dec. 9, 2006. At left is Sri Lanka's Susanthika J. Mannalage, silver, and at right Bahrain's Ruqaya Al Ghasara, bronze. (AP Photo/Junji Kurokawa)Copyright 2005 Associated Press. All right reserved.

Petikan daripada Pembentangan Kertas Kerja oleh Dr. Rohayu Ishak berkenaan Islam Hadhari..

3.Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan. Semasa bergaul atau berada di tempat awam kita diwajibkan menutup aurat supaya kehormatan kita terpelihara daripada perkara yang tidak baik. Agar lebih difahami berkaitan aurat bagi wanita cuba teliti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian nipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda: " Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tanganya)

Keseluruhan Pembentangan Kertas Kerja berkenaan boleh dilihat di laman web islamhadhari.net

Komen daripada Dr. Rozaidah Talib yang dipetik daripada Utusan Malaysia..

‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita."

‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya.

Petikan daripada Harakahdaily.net..

TEMERLOH 7 DEC (Hrkh) - AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim menyifatkan serangan media berbahasa Inggeris terhadap langkah kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap individu yang berpakai menjolok mata adalah langkah terdesak untuk memulihkan imej Umno.

Katanya, jelas strategi media berkenaan bertujuan memulihkan keyakinan golongan menengah Cina dan bukan Melayu yang hilang keyakinan terhadap Umno selepas perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, yang menyaksikan serangan perwakilan terhadap rakan komponen khususnya MCA.

Saturday, December 9, 2006

Menjelang 2020 : Kemiskinan tegar yang perlu ditamatkan..


Petikan ucapan YAB Perdana Menteri pada tahun 2005 berkaitan dengan kemiskinan..

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pendekatan mengatasi kemiskinan perlu memberi penekanan kepada aspek pencegahan sebelum kemiskinan itu berlaku. Perdana Menteri berkata jika dahulunya aspek pembasmian kemiskinan itu yang dititikberatkan tetapi dalam keadaan sekarang aspek pencegahan kemiskinan itu yang perlu diberi penekanan.


Beliau berkata sekiranya usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk mencegah kemiskinan daripada berlaku, maka kemiskinan tidak akan wujud. "Tetapi kalau dibiarkan rakyat dalam keadaan terbiar maka akan berlakulah kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Mengenai Kemiskinan Bandar dan Keluarga Berpendapatan Rendah: Ke Arah Rancangan Malaysia Kesembilan di sini Selasa.

Abdullah berkata usaha untuk memperkasakan rakyat seperti memberi mereka peluang pekerjaan dan peluang pelajaran kepada anak-anak mereka perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak ada lagi golongan miskin atau separa miskin di negara ini. Untuk mengatasi kemiskinan di bandar yang wujud hasil akibat penghijrahan golongan miskin luar bandar ke bandar ialah dengan cara memberi peluang pekerjaan yang secukupnya kepada mereka ini, katanya. Beliau berkata golongan ini yang ingin mencari rezeki secara jujur di bandar perlu diberi peluang untuk bekerja sendiri seperti menjaja.

"Menjaja akan memberikan mereka pendapatan yang baik dan oleh itu kawasan menjaja yang sesuai perlu diwujudkan kepada mereka," katanya. Beliau menggesa pihak dewan bandar raya dan pihak berkuasa tempatan memberi perhatian kepada kedudukan penjaja di kawasan masing-masing umpamanya dengan memberi lesen kepada mereka yang ingin menjaja. Abdullah berkata strategi menyeluruh perlu diambil untuk mengatasi kemiskinan di kalangan rakyat, bukan sekadar dengan mewujudkan peluang ekonomi.

Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi semata-mata tidak boleh mengatasi kemiskinan relatif yang berpunca daripada agihan kekayaan dan keuntungan yang tidak seimbang. "Oleh itu penyediaan kemudahan sosial, pendidikan, kesihatan dan perumahan perlu disediakan sebagai saluran untuk rakyat mengupayakan diri mereka bagi melepasi halangan kemiskinan," katanya. Dalam ucapannya Perdana Menteri berkata dalam tempoh 15 tahun lagi iaitu apabila negara mencapai status negara maju, beliau tidak mahu lagi melihat kemiskinan tegar wujud di negara ini.

"Saya tidak boleh menerima hakikat bahawa pada 2020, masih wujud lagi golongan miskin tegar," katanya.

Abdullah juga tidak mahu isu kemiskinan dikaitkan dengan isu etnik kerana ia boleh menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat. Beliau berkata dasar membangunkan modal insan, memperkasa golongan miskin, mengintegrasi golongan miskin ke dalam ekonomi bandar, pendekatan pembangunan menyeluruh dan penglibatan semua sektor adalah rencah kepada usaha mencegah kemiskinan yang perlu diberi perhatian. -- BERNAMA